Apakah Perbezaan di antara Kenderaan Sel Bahan Bakar, Elektrik Bateri, Hibrid dan Hibrid Plug-in?
Walaupun keempat-empatnya menggunakan motor pemacu elektrik, terdapat beberapa perbezaan yang membolehkan setiap satu sesuai untuk pelbagai gaya hidup dan penggunaan memandu.
Kenderaan sel bahan bakar (Fuel Cell Car) biasanya mempunyai penarafan jarak sebanyak 480 kilometer atau lebih dan masa mengisi bahan bakar (di stesen minyak) di bawah lima minit, bersama-sama dengan sel bahan api yang sangat cekap untuk mencipta kuasa atas tenaga elektrik, tanpa pelepasan karbon.
Jantung FCV adalah "tumpukan sel bahan bakar", yang menukar hidrogen (disimpan di atas kereta) dengan oksigen dari udara ke elektrik, yang menggerakkan motor elektrik kenderaan. Oleh kerana mereka dikuasakan sepenuhnya oleh elektrik, FCV adalah kenderaan elektrik (EV) juga secara teknikal tetapi tidak seperti kereta EV lain, proses mengisi bahan bakarnya dapat dibandingkan dengan kereta konvensional dan lori. (Memerlukan tempat khas untuk mengisisi bahan bakar seperti stesyen minyak)
Menukar gas hidrogen ke elektrik menghasilkan hanya air dan haba sebagai produk sampingan, yang bermaksud FCV tidak mencipta pencemaran paip exzos (karbon monoksida). Menghasilkan hidrogen itu sendiri boleh membawa kepada pencemaran, termasuk pelepasan gas rumah-hijau, tetapi walaupun bahan api berasal dari salah satu sumber hidrogen, gas asli yang paling kotor, FCV yang kita miliki sekarang boleh mengurangkan pelepasan sebanyak 30% jika dibandingkan dengan bahan api fosil. (minyak petrol/diesel)
Kenderaan EV Bateri (EV Car) memperoleh kuasa dari tenaga elektrik yang disimpan dalam bateri yang sangat cekap dan berkuasa (lain dari bateri kecil di dalam enjin kereta anda) yang memerlukan dicas dari soket elektrik. Kereta EV tidak mengeluarkan asap dan boleh dipandu antara 80 hingga 500 km, bergantung kepada kapasiti bateri. Masa mengecas adalah dari satu hingga 10 jam.
Kereta EV biasanya didatangkan dengan Pengecasnya sendiri yang perlu dipasang di rumah; di tempat kereta diparkir. Pengecas kecil mudah-alih juga disediakan oleh pengeluar sebagai pilihan.
Kenderaan Plug-In Hybrid (PHEV Car) menggunakan engin petrol biasa dan juga motor elektrik beserta bateri seperti kereta EV. Pemandu boleh memilih untuk memandu dengan mengunakan engin petrol atau motor elektrik. Bila mengunakan mod EV, ia tidak mengeluarkan carbon dioksida. Biasanya, kereta ini akan ada seakan2 satu lagi lubang pengisi minyak tetapi ianya adalah untuk porta pengecas. Bateri boleh dicas dari soket elektrik seperti juga kereta EV.
Kenderaan Hybrid (Hybrid Car) seakan-akan sama dengan kereta Plug-In hybrid. Cuma yang lainnya ialah ia tiada porta pengecas kerana baterinya tidak dicas dari luar. Proses mengecas berlaku apabila engin petrolnya sedang berjalan. Bateri juga dicas semasa kereta mengurangi kelajuan dan semasa brek ditekan.
Contoh Kereta Teknologi Hijau 2017