top of page
  • Writer's picturenasir

KAPAL PESIAR NORWAY AKAN MENGERAKKAN KAPAL DENGAN IKAN MATI


Dalam langkah yang dirancang untuk mengurangkan pencemaran dan kesan perubahan iklim, pengendali pelayaran Norway merancang untuk menggerakkan sekurang-kurangnya beberapa kapal menggunakan ikan mati.

Operator pelayaran Cruise Hurtigruten, yang menawarkan pelayaran ke destinasi antara lain Antartica dan Arktik, berhasrat untuk memulihkan sisa ikan mati dari industri perikanan Norway untuk tujuan menggantikan minyak bahan bakar fosil dengan biogas cair yang diperolehi daripada campuran sisa ikan/organik.

"Apa yang dilihat oleh orang lain sebagai masalah, kita lihat sebagai sumber dan penyelesaian," kata ketua eksekutif syarikat Daniel Skjeldam.

"Dengan memperkenalkan biogas sebagai bahan bakar untuk kapal pesiar, Hurtigruten akan menjadi syarikat pelayaran pertama untuk kapal berkuasa tanpa bahan api fosil," katanya.

Menurut jurucakap Hurtigruten, kapal biogas pertama boleh berkhidmat seawal akhir tahun 2019. Akhirnya, Hurtigruten menjangkakan enam daripada 17 kapalnya akan diubahsuai untuk membolehkan penggunaan gabungan gas asli, bateri dan biogas menjelang 2021.

Dengan lebih banyak sisa organik dari industri penangkapan dan perhutanan yang pesat, Norway sudah menggunakan biogas untuk basnya.

Industri kapal pesiar telah banyak dikritik kerana kesan cuaca dan kesan kualiti udara. Menurut data daripada kumpulan alam sekitar Jerman “Nabu”, hanya satu kapal boleh melepaskan sisa halus(karbon), kira-kira sama banyak dengan satu juta kereta dalam satu hari.

Oleh itu, Norway mempunyai matlamat pelepasan sifar untuk kedua-dua feri dan kapal pesiar menjelang 2026. Selepas itu, Hurtigruten menjangkakan pencapaaian neutral karbon menjelang tahun 2050.

Untuk meneruskan usaha itu, syarikat itu telah memesan tiga kapal hibrid bateri/diesel yang pertama dijangka memulakan perkhidmatan pada Mei tahun depan(2019) yang mana Syarikat itu menerangkannya sebagai "kapal pelayaran pertama di dunia yang akan dapat beroperasi bebas emisi(pelepasan karbon) sepenuhnya untuk sesuatu jangka-masa”. (Iaitu semasa menggunakan bateri)


10 views0 comments
bottom of page