Seperti Itali sebelum ini, New Zealand merancang untuk memperkenalkan perubahan kurikulum untuk memperkenalkan perubahan iklim, aktivisme dan "eko-kegelisahan" ke sekolah. Menurut Guardian, perubahan sistem akan menjadikan negara (NZ) penyokong utama pendidikan perubahan iklim.
Setiap sekolah akan mempunyai bahan mengenai krisis iklim, cara untuk pelajar merancang aktivisme dan perbincangan mengenai perasaan sekitar eko- kegelisahan. Ia akan memberi tumpuan kepada pelajar berusia 11-15 tahun. Sumber-sumber tentang sains iklim akan datang terus dari agensi sains negara. Pelajar akan belajar bagaimana untuk mengambil tindakan terhadap isu-isu alam sekitar, termasuk membuat taman yang boleh dimakan. Mereka juga akan belajar bagaimana perasaan mereka boleh digunakan untuk tindakan dan mengubah kecenderungan diri negatif.
James Shaw, Menteri Perubahan iklim New Zealand memberitahu Guardian mengenai sistem baru itu, "Salah satu daripada maklum balas yang kami terima dari guru-guru di seluruh negara adalah mereka benar-benar menginginkan sesuatu seperti ini, kerana anak-anak sudah pun bercakap tentang perubahan iklim. Mereka melihat perkara-perkara ini di media sosial setiap hari dan tidak ada khabar berita yang baik, dan perasaan lemah (kerana tidak dapat berbuat apa-apa) yang datang dari itu sangat menyedihkan. "
Menurut Menteri Pendidikan Chris Hipkins, kurikulum ini termasuk teks, video dan bantuan guru. Beliau menambah, "Ia menerangkan bahawa sains berperanan dalam memahami perubahan iklim, membantu pemahaman tentang tindak balas dan impaknya - di peringkat global, nasional dan tempatan - dan meneroka peluang untuk menyumbang untuk mengurangkan dan menyesuaikan diri dengan impaknya terhadap kehidupan seharian."
Comments