top of page

Apakah Kereta Elektrik Mesra Alam?

  • Nasir Saharum
  • Aug 22, 2017
  • 1 min read

Kereta elektrik

Adakah kereta elektrik itu mesra alam? Dalam perkara ini ada dua mazhab sebenarnya. Satu yang mengatakan ya dan satu lagi mengatakan tidak. Saya lebih cenderung kepada yang kedua. Kita tengok dulu komponen yang ada dalam kereta elektrik. Roda kereta digerakkan oleh motor yang mendapat kuasa elektrik dari bateri. Persoalannya, dari mana datang tenaga elektrik yang disimpan dalam bateri itu?

Bateri itu dicas menggunakan kuasa elektrik yang datang dari syarikat bekalan elektrik. Bagaimana elektrik itu dijana? Ianya dijana dari berbagai sumber, tetapi yang paling banyak ialah dari sumber bahanapi fosil iaitu arang batu, minyak diesel dan gas asli yang semuanya mengeluarkan asap dan CO2 yang mencemarkan alam.

Jadi kereta elektrik ni tak mesra alamlah? Tengok dari mana datangnya tenaga elektrik itu. Jika ia dijana dari sumber Tenaga Boleh Baharu, seperti solar, maka ianya mesra alam. Ada juga kereta solar yang menjana terus elektrik dari matahari menggunakan panel solar diatas kereta itu sendiri pada waktu siang.


 
 
 

Kami mengadakan program kesedaran teknologi hijau melalui artikel di blog dan facebook serta seminar(akan datang)

Get social with us!
  • Facebook Clean Grey
  • Twitter Clean Grey
  • LinkedIn Clean Grey
Share your thoughts!

 

​Telephone : â€‹010-3380822

Email : nasirsaharum@yahoo.com

​​​

© 2017 by SIRYA ENGINEERING.

Proudly created with Wix.com

bottom of page