JIUQUAN, China - Di pinggir Gurun Gobi, Ladang Kincir Angin Gansu berdiri sebagai simbol usaha China untuk menguasai pasaran dunia dalam tenaga boleh baharu. Dengan lebih daripada 7,000 turbin disusun dalam baris di sepanjang gurun berpasir, ia adalah ladang angin terbesar di dunia, yang mampu menjana tenaga yang cukup untuk sebuah negara kecil.
Untuk meletakan dirinya sebagai pelopor dunia dalam usaha memerangi perubahan iklim, China, pengeluar gas rumah hijau terbesar di dunia, telah memilih untuk membangunkan tenaga angin dan tenaga suria serta alternatif lain untuk menggantikan tenaga arang batu.
Lebih daripada 92,000 turbin angin telah dibina di seluruh negara, yang mampu menjana 145 gigawatts elektrik, hampir dua kali ganda kapasiti ladang angin di Amerika Syarikat. Sepertiga turbin angin di dunia kini berada di China, dan kerajaan sedang menambahnya pada kadar lebih daripada satu setiap jam.