top of page

RESTORAN MESRA ALAM

  • Nasir Saharum
  • Apr 16, 2018
  • 1 min read

Dah lama saya lihat restoran KFC di Nilai ni. Tertulis diatas bangunan tu KFC Eco Zone. Tertanya pula saya, adakah restoran ni mesra-alam? Adakah ia menggunakan Teknologi Hijau? Pukul 4 pagi tadi saya berpeluang untuk mengunjungginya. Terpampang disatu dinding "Let's Think Green".

Rupanya bangunan ini telah mendapat penarafan hijau dari 3 badan penarafan hijau iaitu:

1. Green Building Index (Malaysia) - Emas

2. BCA Green Mark (Singapore) - Platinum

3. LEED (USA) - Emas

Restoran ini adalah restoran pertama di Malaysia yang mendapat penarafan hijau dan antara bangunan yang mendapat pengiktirafan hijau dari 3 badan penarafan hijau di dunia.

Di dinding satu lagi pula diceritakan perkara-perkara yang dibuat untuk mendapat penarafan hijau tersebut, iaitu pengunaan:

1. Lampu LED

2. Peralatan diiktiraf "Energy Star"

3. Arus air perlahan

4. Bakul sampah Kitar Semula

5. Kitar semula minyak masak untuk bio diesel

6. Bumbung putih untuk mengurangkan panas

7. Sistem pengumpulan air hujan (Rain water harvesting)

8. Scooter penghantaran elektrik

9. Panel Solar

10. Cermin keliling dan sebahagian bumbung untuk pencahayaan dari matahari

11. Pokok disekeliling untuk penyejukan sekitar

Ternyata KFC telah menyahut cabaran kerajaan untuk sektor korporat mendirikan bangunan yang mesra alam mengunakan teknologi hijau. Malaysia perlu ada lebih banyak bangunan seperti ini.


 
 
 

Kami mengadakan program kesedaran teknologi hijau melalui artikel di blog dan facebook serta seminar(akan datang)

Get social with us!
  • Facebook Clean Grey
  • Twitter Clean Grey
  • LinkedIn Clean Grey
Share your thoughts!

 

​Telephone : â€‹010-3380822

Email : nasirsaharum@yahoo.com

​​​

© 2017 by SIRYA ENGINEERING.

Proudly created with Wix.com

bottom of page