top of page
New Atlas

Lori Elektrik Tesla Melebihi Jangkaan


Saat-saat yang sangat ditunggu-tunggu iaitu pendedahan trak elektrik Tesla Semi berlaku di Hawthorne, California, oleh Elon Musk dalam gaya beliau yang biasa. Spekulasi sebelum penyampaiannya telah banyak dilampaui dengan julat yang melebihi angka-angka yang diharapkan iaitu 300 batu (500 km). Angka pecutannya melebihi kereta sport.

Selepas kedua-dua Tesla Semi 18 roda menyusuri ke kedudukan di atas pentas, Elon Musk melangkah keluar dari model bumbung tinggi untuk memulakan pembentangannya. Statistik pertama yang dibentangkan ialah pecutan ke 60 mph (100km/j); dari keadaan terhenti yang, katanya, ia berlaku dalam 5.0 saat untuk lori tanpa muatan. Itu sudah memasuki julat kereta sport. Mungkin lebih mengagumkan lagi adalah dakwaan mencapai 60 mph dengan jumlah muatan maksimum yang dibenarkan sebanyak 80,000 lb (36,288 kg) dalam 20 saat sahaja. Juga luar biasa adalah dakwaan bahawa Semi dapat mengekalkan kelajuan 65 mph (105 km/j) sepenuhnya bila mendaki jalan gred 5 peratus.

Ciri inovatif yang ada pada Semi ini adalah bentuk aerodinamik yang diselaraskan dan pasti menyumbang kepada pekali seret (coefficient of drag, cD) yang didakwa hanya 0.36. Seperti yang diperkatakan Musk, supercar Bugatti Veyron berharga $ 2.7 juta mempunyai cD yang lebih tinggi iaitu 0.38. Juga menambah kepada kecekapan kenderaan adalah penggunaan empat motor roda bebas pada dua gandar belakang cab. Ini mengelakkan kerugian mekanikal memacu roda dengan satu motor dan ia juga membolehkan kawalan daya tarikan elektronik (electronic traction control).

Di dalam cab, kerusi pemandu berada di tengah dan ditempatkan dengan baik ke depan, meninggalkan ruang di belakang untuk pek bateri besar. Di tempat yang biasanya ada tuas dan suis, terdapat dua skrin sentuhan yang dipasang di kedua sisi roda stereng.

Tidak mengejutkan, sistem elektroniknya termasuk ciri-ciri bantuan pemandu canggih seperti bantuan lorong dan brek kecemasan automatic, dan memanjangkan ke fungsi-fungsi autonomi seperti keupayaan platoon (beberapa biji lori konvoi di kawal oleh lori yang berada di depan sekali). Sebagai sebahagian daripada data input yang diperlukan untuk pemanduan automatik, dua kamera dipasang di bawah cermin luar, juga memaparkan imej sisi lori pada dua skrin dalaman.

Sumber : Tesla


7 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page