“Jika saya tidak dapat kembali Proton, saya mempunyai beberapa idea mengenai memulakan syarikat otomotif lain. Idea untuk membina 1 lagi kereta kebangsaan adalah kerana ia boleh menjadi pemangkin bagi pertumbuhan kejayaan kejuruteraan dan keupayaan kami.
“Bagi Proton, pelbagai syarikat ditubuhkan untuk mengeluarkan komponen dan bahagian kereta. Kereta memerlukan 4,000 bahagian, jadi ini memberi peluang kepada pengilang,” kata Dr Mahathir mengenai projek Proton yang digerakkan beliau pada 1980-an.
Konsep Tun M memang berpandangan jauh untuk kebaikan Malaysia dengan membangunkan keupayaan kejuruteraan kita. Tetapi apakah ia telah berjaya dengan Proton dan Perodua? Jadi apa perlunya sebuah lagi syarikat otomotif?
Bagi saya ia adalah satu ide yang baik. Tetapi perlu di pertimbangkan perkara berikut;
1. Industri enjin (Internal Combustion Engine) adalah
sebuah “Sunset Industry” iaitu industri yang sudah
sampai ke penghujungnya dan akan tamat tidak
lama lagi. Enjin ini menyumbang kepada pencemaran
alam sekitar; banyak negara sudah membuat pelan
untuk menyekat pengeluaran kereta menggunakan
enjin jenis ini. Lihat sahaja pada industri keretapi.
Bermula dengan kereta bawah tanah dan sekarang
kita lihat di negara kita sendiri KTM Komuter, LRT,
MRT, KLIA express dan ERL sudah menggunakan
elektrik. Hayat lokomotif enjin diesel sudah sampai
ke penghujungnya. Hanya tinggal kapal laut yang
besar saja lagi yang masih perlukan enjin jenis ni.
Kapalterbang pun dah ada experimen menggunakan
motor elektrik di Eropah.
2. Banyak Negara telah menggalakkan pengunaan kereta elektrik. Di negara China sahaja sudah ada
26 pengeluar kereta elektrik. Pada tahun 2030, China tidak akan lagi menggeluarkan kereta berenjin petrol. Volvo telah menggumumkan
tidak akan mengeluarkan kereta berenjin petrol
dari tahun 2019. Toyota menganggarkan kereta
enjin petrol tidak akan dikeluarkan lagi dari tahun
2050. GM, Toyota dan Volvo mengistiharkan akan
membina 1 juta kereta elektrik sehingga tahun 2025.
3. Kita sudah jauh ketinggalan dalam R&D enjin petrol.
Rekabentuk enjin dan gear adalah kompleks dan memerlukan
kejuruteraan ketepatan (Precision Engineering)
4. Kita belum tertinggal jauh dalam R&D motor elektrik
dan bateri.
5. Kita sudah ada beberapa kilang membuat motor elektrik.
6. Kita sudah ada beberapa kilang membuat bateri.
Mengambil kira fakta-fakta diatas, saya berpendapat bahawa kita patut membangunkan industri kereta ketiga, tetapi industri kereta elektrik bukan kereta berenjin petrol.