top of page
WANDA LAU, ArchitectMagazine.com

CalPlant Lancar MDF Hijau Diperbuat daripada Sisa Agro Tempatan


Produk fiberboard ketumpatan sederhana (Medium Density Fiberboard, MDF) yang berskala tinggi tidak lama lagi akan diperkenal secara komersil. Produk ini adalah tanpa resin yang berasaskan formaldehid yang memberi bau yang busuk seperti MDF yang diguna sekarang. Pada bulan November, panel MDF yang berasaskan jerami pertama akan dikeluarkan oleh kilang CalPlant I berharga $315 juta di Willows, California, yang kini berada di peringkat akhir pembinaan, menurut kenyataan akhbar syarikat itu. Nama dan jenama komersial produk akan didedahkan semasa pelancarannya nanti, jelas Naib Presiden Jualan dan Pemasaran CalPlant, Elizabeth Whalen.

Jerami beras adalah produk sisa pertanian yang tiada nilai, bahkan sebagai bahan makanan kerana kurangnya nutrien. Berikutan tuaian tahunan beras, melupuskan sisa jerami di bendang telah lama menjadi masalah alam sekitar di California, negeri penghasil beras kedua terbesar (di Amerika) selepas Arkansas. Sehingga tahun 1990-an, petani akan membakar hasil sampingan sehingga kerajaan mengharamkan amalan tersebut akibat kesannya terhadap kualiti udara. Sekarang, petani padi biasanya membanjiri (dengan air) ladang mereka selepas menuai untuk mempercepat proses penguraian, proses yang tidak hanya menggunakan jumlah air yang besar, tetapi juga melepaskan metana keudara.

Kemudahan CalPlant, sebuah projek dalam perancangan selama dua dekad, terletak secara strategik di Lembah Sacramento di tengah-tengah rantaian bekalan: Bahan mentah utama - jerami padi - akan datang sepenuhnya dari ladang dalam jarak 25batu, walaupun Whalen mengharapkan jarak purata lebih dekat dari itu.

Pengeluaran MDF menggunakan jerami padi ini akan menyelesaikan masalah pembakaran sisa jerami. Hasilnya juga adalah lebih baik dari MDF yang dikeluarkan secara konvensional kerana ia tidak menggunakan formaldehid.


17 views0 comments
bottom of page